BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

Janji Seorang Guru

Salam...
Pernahkah kita terfikir tentang pengorbanan seseorang dalam hidup kita?
Pengorbanan seseorang yang tiada pertalian darah lansung dalam hidup kita tetapi tetap mengabdikan diri demi melihat kita berjaya..Itulah seorang guru..
Pernah terlintas di fikiran saya, mengapa seorang guru itu bermati-matian mengambil berat tentang pelajarnya. Adakah kerana memang tugasnya atau kerana itu punca pendapatannya? Tapi bila kini saya menjadi salah seorang daripada insan yang sanggup mengabdikan diri baru saya tahu apa itu erti tanggungjawab dan keindahan apabila usaha dibalas dengan sebuah kejayaan dan senyum tawa gembira.
Ini janji saya yang pertama apabila saya mula-mula membuat keputusan menjadi seorang guru, saya tidak akan membeza-bezakan anak-anak murid saya walau apa sekalipun. Pada saya mereka sama.Memerlukan bimbingan dan sokongan.
InsyaAllah..Itu janji saya..Semoga dengan rahmatNya saya dapat menjadi guru yang terbaik.

0 comments: