BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 16, 2009

SwEet MeMoRies



Inilah sekolah yang saya banggakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting (SMKBJ) dan juga Sekolah Menengah St George, Taiping (SGI). Waktu bersekolah di sekolah inilah yang banyak memberikan kenangan manis buat saya.
Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya, terima kasih banyak-banyak..
Kepada rakan-rakan, senior dan junior, anda semua memang best!
Teringat kenangan saya di sekolah tersebut. Semasa di SMKBJ, pada tahun 1999 kami pernah diarahkan untuk membantu membersihkan sekolah selepas banjir. Pada masa tu, itulah peluang yang ditunggu-tunggu untuk menyumbang bakti sekali gus bermain-main. Disebabkan begitu seronok nak bermain dengan air, kami beramai-ramai daripada nak dapat pujian dapat 'habuan'.
Di SGI pula, semasa exam MUET kami ramai-ramai kena pasang telinga kuat-kuat supaya dapat menjawab peperiksaan ujian mendengar kerana sebelah sekolah adalah hospital. Kebetulan hari ujian, ramai pula yang sakit yang menggunakan ambulan sampai kami tak dapat untuk mendengar soalan. Waktu tu, banyak la gelagat kawan-kawan yang lucu semata-mata nak fokus kepada soalan sampai ada yang terjatuh sebab nak dengar soalan dekat-dekat dengan speaker.
Itu cuma sebahagian cerita yang menjadi kenangan manis. Ada banyak lagi..Tapi walau apa pun saya tetap bangga menjadi warga di sekolah-sekolah ini..

0 comments: